IPTA Mara terima RM200 juta, selesaikan masalah capaian internet

IPTA Mara terima RM200 juta, selesaikan masalah capaian internet

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Institut pengajian tinggi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) diperuntuk RM200 juta bagi menyelesaikan masalah capaian internet.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peruntukan itu bagi membolehkan pelajar menjalani proses pembelajaran dengan baik.

“Pihak Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia bersetuju untuk menyediakan peruntukan bagi menyelesaikan masalah internet berjumlah RM150 juta.

“Namun, saya berpandangan ini tidak mencukupi. Menyedari hal ini, saya meminta tambah lagi RM50 juta untuk selesaikan segera masalah internet di IPT Mara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), hari ini.

Selain itu, Fahmi turut memaklumkan kempen Internet Selamat akan dijalankan bagi capaian internet di IPT tidak disalahguna.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas peningkatan masalah sosial dalam kalangan anak muda di Kelantan baru-baru ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN