InvestPenang gesa Malaysia percepat rundingan dua hala dengan AS

InvestPenang gesa Malaysia percepat rundingan dua hala dengan AS

Logo InvestPenang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan digesa menyegerakan rundingan dua hala dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bagi menangani kenaikan tarif mendadak sebanyak 24 peratus yang dikenakan terhadap eksport negara ke pasaran AS.

Menurut agensi promosi pelaburan kerajaan negeri Pulau Pinang, InvestPenang, tarif baharu yang diumumkan oleh pihak AS itu memberi kesan langsung dan serta-merta kepada syarikat-syarikat berorientasikan eksport di negeri ini.

“Banyak syarikat kini terpaksa menyemak semula strategi perniagaan, menilai semula unjuran keuntungan dan kerugian serta meneroka pendekatan baharu dalam rantaian bekalan mereka.

“Ketika ini, beberapa syarikat telah mula mempertimbangkan pemindahan sebahagian operasi ke negara-negara yang tidak terjejas oleh tarif tinggi atau pun terus ke AS bagi mengekalkan akses pasaran dan mengurangkan kerugian. Langkah ini bagaimanapun melibatkan kos dan risiko yang tinggi,” katanya di sini, semalam.

InvestPenang berkata, pemain industri turut menyeru kerajaan bertindak segera dan proaktif, termasuk membuka rundingan rasmi dengan pentadbiran AS serta memantau rundingan antara AS dengan negara pesaing seperti Mexico, Costa Rica, Poland dan Ireland, serta mempercepat usaha diplomasi ekonomi.

“Langkah-langkah ini dianggap penting bukan sahaja untuk melindungi sektor perkilangan dan eksport sedia ada, malah, bagi memastikan Malaysia kekal relevan dan kompetitif dalam landskap perdagangan global yang kian mencabar,” katanya.

Tambah syarikat itu, syarikat peralatan ujian automatik (ATE) tempatan turut terkesan apabila eksport mereka ke AS kini menjadi kurang kompetitif.

“Sebagai langkah jangka pendek, beberapa syarikat ATE sedang mengkaji kemungkinan untuk menubuhkan barisan pemasangan akhir di AS demi mengelak tarif dan mengekalkan kedudukan pasaran mereka.

“Pada masa yang sama, Mexico dilihat sebagai penerima manfaat utama susulan Perjanjian USMCA yang membolehkan barangan dari negara tersebut memasuki pasaran AS dengan tarif sifar, selagi mematuhi peraturan perjanjian tersebut.

“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai aliran pelaburan asing yang mungkin beralih ke Mexico,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya