KEPALA BATAS : Institusi bukan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) digalakkan untuk menyemarakkan semangat patriotisme mereka menerusi pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam masing-masing. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bertujuan memastikan bahawa inisiatif berkenaan didokong oleh semua pihak. “Pemakaian Jalur Gemilang ini (khususnya di sekolah) kita luncurkan di seluruh negara secara serentak dan ia melibatkan beberapa Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Menteri-Menteri Besar yang sama-sama memberikan…