Harga runcit petrol RON97, diesel turun 10 sen

Harga runcit petrol RON97, diesel turun 10 sen

Harga runcit petrol RON97, diesel turun 10 sen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing turun sebanyak 10 sen seliter bermula esok hingga 23 April ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga baharu RON97 ialah RM3.18 seliter, manakala diesel dijual pada RM2.88 seliter, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia.

Harga runcit petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter, sementara harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak mentah dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira kestabilan harga serta kepentingan pengguna,” menurut kenyataan itu hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum dibuat secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya