Gelandangan warga India didakwa bunuh rakan senegara

Gelandangan warga India didakwa bunuh rakan senegara

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang gelandangan warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, awal bulan ini.

K. Abhuhanifa, 52, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kesalahan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Abhuhanifa didakwa membunuh seorang lelaki yang belum diketahui namanya bersama seorang lagi rakannya yang telah mati.

Perbuatan itu dilakukan pada 1 April lalu pada pukul 5.14 petang di hadapan sebuah restoran di Masjid India di sini.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan kes bagi membolehkan laporan bedah siasat dan pengesahan identiti mangsa disempurnakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN