Empat bekas PM hadiri pengebumian Pak Lah

Empat bekas PM hadiri pengebumian Pak Lah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dengan anak sulung Allahyarham, (nama) ketika hadir memberi penghormatan terakhir pada upacara istiadat pengebumian negara kepada jenazah Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani. UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara tengah hari ini menyaksikan kehadiran ramai pemimpin negara termasuk empat bekas Perdana Menteri.

 

Antaranya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Selain itu, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga penghormatan terakhir kepada Abdullah.

 

Dalam pada itu, Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

 

Pada masa sama, mencuri perhatian orang ramai apabila Anwar bersalaman dengan Muhyiddin dan disusuli, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

Mereka bersalaman dengan ahli keluarga serta pemimpin lain dalam suasana penuh tertib dan hormat.  

 

Terdahulu, Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia pada usia 86 tahun iaitu pada di Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam.

 

Doktor yang bertanggungjawab merawat Pak Lah di IJN memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke dalam wad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

 

Allahyarham merupakan Perdana Menteri kelima yang berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Jenazah Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, dalam satu istiadat penuh kehormatan negara.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN