DUN Melaka perketat syarat pemerhati 

DUN Melaka perketat syarat pemerhati 

IBRAHIM DURUM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemerhati yang mengikuti Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dikehendaki mengemukakan surat permohonan terlebih dahulu secara bertulis atau melalui aplikasi WhatsApp.

Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, senarai nama pemerhati yang memohon untuk mengikuti persidangan akan dikemukakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses saringan latar belakang.

Beliau berkata, hanya pemerhati yang lulus tapisan sahaja dibenarkan hadir.

“Pemerhati yang mempunyai rekod bersih iaitu tiada rekod jenayah dibenarkan masuk mengikuti persidangan. Setiap pemerhati yang hadir akan diberikan kad beserta tali (lanyard) dan perlu dipakai sepanjang persidangan. 

“Mereka juga tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan alat perakam video dalam apa juga bentuk ke dalam dewan. Pengecualian diberikan kepada pemerhati dalam kalangan ketua-ketua jabatan, wakil serta pegawai YB (yang berhormat),” katanya ketika berucap pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya