Dikenenkan dengan ramai wanita, Hael Husaini tak rimas - Utusan Malaysia

Dikenenkan dengan ramai wanita, Hael Husaini tak rimas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Hael Husaini mengakui tidak pernah berasa rimas atau terganggu walaupun sering diusik oleh peminat apabila berduet dengan penyanyi wanita.

Menurut Hael, dia menganggap situasi tersebut sebagai sebahagian daripada strategi promosi dan tidak perlu diperbesarkan.

“Saya tak rasa rimas langsung. Bagi saya, ini semua adalah sebahagian daripada promosi lagu itu sendiri.

“Kita sebagai artis kena profesional dan fokus pada tujuan asal iaitu mempromosikan karya,” katanya ketika dijumpai di majlis Rumah Terbuka Raya Hael dan Nadeera serta Huge Entertainment di Damansara, Rabu lalu.

Penyanyi Jampi itu berkata, dia tidak dapat mengawal imaginasi para peminat yang inginkan hubungan istimewa terjalin antara artis.

“Kadang-kadang orang ada imaginasi sendiri, kita tak boleh nak hentikan.

“Bila mereka rasa suka atau happy, kita sebagai artis pun happy saja untuk mereka

“Apa yang berlaku di luar daripada konteks duet itu, terpulang pada penyanyi itu sendiri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN