DBKL roboh gerai haram di Bandar Tun Razak

DBKL roboh gerai haram di Bandar Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan dua buah struktur gerai haram di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak dalam satu operasi bersepadu.

DBKL menerusi satu kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor Sdn. Bhd.

“Operasi ini membabitkan tindakan perobohan terhadap dua gerai di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“DBKL akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pencerobohan berulang di lokasi terlibat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, operasi bersepadu tersebut berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan struktur haram boleh menyalurkannya melalui laman sesawang https://adukl.dbkl.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya