Contohi industri kelapa sawit majukan kenaf

Contohi industri kelapa sawit majukan kenaf

JOHARI Abdul Ghani (tiga dari kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sempena Majlis Apresiasi LKTN Tahun 2025 di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan akan menjadikan perusahaan kelapa sawit, getah dan koko sebagai rujukan dalam usaha melonjakkan perkembangan tanaman serta industri kenaf di negara ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ketiga-tiga komoditi itu telah terbukti berjaya menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeksport.

Katanya, perkara itu mampu direalisasikan sekiranya negara mempunyai kilang dan kemahiran dalam memproses bahan tersebut.

“Bagaimanapun kenaf belum dapat capai ke tahap itu. Masih banyak perkara yang perlu diteliti dalam usaha memajukan industri kenaf negara.

“Oleh itu, beberapa cadangan telah saya kemukakan kepada pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara  (LKTN) untuk diteliti sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi LKTN Tahun 2025, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan benih kenaf baharu menerusi kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia iaitu Malaysia Kenaf (MK) 1 dan MK2.

Johari berkata, sekiranya satu komoditi itu mahu berjaya, kenaf perlu mempunyai ekosistem yang lengkap. 

Katanya, buat masa ini kenaf belum ada lagi ekosistem itu selain kekangan tanah bagi mengusahakan tanaman tersebut.

“Ketika ini jumlah tanaman kenaf di seluruh negara sekitar 1,600 hektar sahaja. Jadi usaha mempromosi tanaman ini akan terus dilakukan bagi mengembangkan lagi industri kenaf.

“Sebagai galakan, saya cadangkan LKTN supaya ke Bangladesh, China dan Indonesia untuk melihat perkembangan industri kenaf di negara berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya