Bulan Sabit Merah komited terus bantu mangsa letupan

Bulan Sabit Merah komited terus bantu mangsa letupan

TUNKU Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (tengah) bersama anggota Bulan Sabit Merah Malaysia melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Bulan Sabit Me­rah Malaysia (BSMM) terus memberi bantuan kepada mang­sa tragedi letupan paip gas di Putra Heights di sini dengan mengagihkan barangan bantuan asas termasuk pek makanan, kit kebersihan diri termasuk tikar dan selimut.

Selain itu, BSMM juga memberikan pemeriksaan kesihatan asas kepada golongan rentan terutamanya warga emas dan kanak-kanak serta bantuan sokongan psikososial kepada individu yang mengalami tekanan emosi.

Pengerusi Kebangsaan BSMM yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, BSMM menzahirkan komitmen terhadap kebajikan masyarakat.

“BSMM komited untuk terus bersama masyarakat bukan sahaja ketika bencana berlaku tetapi juga sepanjang proses pemulihan,” katanya.

Tambah Tunku Puteri Intan Safinaz, BSMM bersedia memberikan sokongan kepada mana-mana mangsa yang memerlukan.

“Sukarelawan kami telah berada di lapangan sejak awal, bukan sekadar membawa bantuan tetapi juga harapan. Kami akan terus berada di sini selagi diperlukan,” katanya.

Sejak tragedi berlaku, BSMM telah menggerakkan lebih 30 sukarelawan terlatih dari Selangor dan Kuala Lumpur bagi melaksanakan operasi kecemasan.

Sukarelawan tersebut merupakan antara yang pertama tiba di lokasi kejadian untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa melecur dan membantu memindahkan mereka yang cedera ke hospital berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya