Budak tiga tahun dijumpai lemas dalam kolam inap desa

Budak tiga tahun dijumpai lemas dalam kolam inap desa

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dijumpai dalam keadaan terapung di dalam kolam sebuah inap desa di Teluk Kumbar, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dijumpai lemas di dalam kolam sebuah inap desa di Teluk Kumbar di sini, semalam.

Difahamkan, ketika dijumpai, mangsa berada dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri di dalam kolam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, terdahulu, bapa mangsa dikatakan datang ke inap desa tersebut untuk bertemu rakannya yang menginap di situ dengan membawa bersama tiga orang anak termasuk mangsa yang juga anak bongsu.

Katanya, kira-kira pukul 10.15 malam, rakan kepada bapa mangsa yang berusia 46 tahun itu bagaimanapun menyedari kanak-kanak terbabit tidak ada di dalam bilik dan segera memaklumkan kepada lelaki berkenaan.

“Mereka kemudian keluar mencari mangsa di sekitar ‘homestay’ (inap desa) itu sebelum menjumpai kanak-kanak tersebut terapung di dalam kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Balik Pulau dengan menggunakan ambulans, namun, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 malam tadi,” katanya di sini, hari ini.

SAZALEE ADAM

Tambah Sazalee, mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat pagi tadi dan doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan lemas.

Jelasnya, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya