BN jaga kepentingan semua kaum

BN jaga kepentingan semua kaum

PENYOKONG BN mengibarkan bendera parti ketika menuju ke kawasan pusat penamaan calon PRK Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: “Saya tidak pernah undi (parti) lain selain Barisan Nasional (BN),” ujar A. Ganapathy, 75.

Menurut pesara kerajaan itu, dia mula mengundi seawal usia 20-an dan tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi sokongan kepada calon BN.

“Saya mula mengundi sejak zaman Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein lagi. Dulu saya undi Parti Perikatan, ketika itu guna logo kapal layar sebelum diganti dengan BN.

“Sejak layak mengundi, saya memang undi BN, tidak kira apa logo pun. Saya tidak pernah tukar (beralih sokongan) kerana yakin dengan parti itu,” katanya ketika ditemui semasa lawatan rumah ke rumah oleh MCA di Kampung Baru Pekan Getah, di sini semalam.

Menurut Ganapathy, tiada parti lain dapat menjaga kepentingan semua kaum di negara ini seperti mana BN sejak sekian lama 

Sementara itu, seorang penduduk, Chan Kim Lean, 63, berkata, kunjungan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir ke kawasan perumahan tersebut membolehkan penduduk mengenalinya lebih dekat.

“Ini kali pertama saya jumpa calon, sebelum ini hanya lihat di poster saja. Saya gembira lihat dia sudi datang ke rumah bertemu pengundi,” katanya.

Bagi Lew Yok Foh, 60, dia berharap pembangunan di Tapah Road dapat dimajukan berikutan kawasan itu mempunyai universiti awam dan kemudahan pengangkutan .

“Ia perlu pembangunan supaya tidak ketinggalan dengan pekan lain di Perak. Di harap, ia dapat dimajukan calon menang nanti,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN