Berita baik untuk mangsa insiden Putra Heights pada minggu ini

Berita baik untuk mangsa insiden Putra Heights pada minggu ini

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal membuat pengumuman berita baik kepada semua mangsa letupan paip gas di Putra Heights dalam minggu ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, berita baik itu akan diumumkan oleh beliau sendiri bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

“Ada satu perkara penting yang dinanti-nantikan dalam insiden bencana di Putra Heights. Minggu ini, saya dan Menteri Besar Selangor akan membuat pengumuman membawa berita baik ‘best and unpreecedented recovery plan (pelan pemulihan yang belum pernah berlaku) untuk mangsa di sana.

“Kita akan membuat pengumuman dalam minggu ini juga. Harap semua dapat bersabar. Sikit masa saja lagi kita akan sampaikam berita baik,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, di sini, hari ini.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Amirudin juga dilaporkan berkata, seramai 396 ketua isi rumah terlibat dalam insiden itu layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan.

Mangsa turut menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan dan swasta yang tampil bagi meringankan beban mereka.

Pada 1 April lalu, Malaysia digemparkan dengan insiden kebakaran paip gas milik Petronas di Putra Heights yang disyaki berlaku apabila saluran tersebut pecah.

Kebakaran itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, manakala 81 rumah lagi mengalami kerosakan separa, 57 rumah terkesan tanpa terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN