Belum bertunang, tunggu habis PHD dulu - Farisha Iris - Utusan Malaysia

Belum bertunang, tunggu habis PHD dulu – Farisha Iris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belum bertunang, penyanyi, Farisha Iris, mahu memberi fokus untuk menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD).

Mengakui sedang mengenali secara dekat lelaki bernama Hardee sejak 2023, Farisha atau Farisha Asmad, 26, bagaimanapun merasakan perkahwinan bukanlah hal yang dikejarnya saat ini.

“Saya tidak bertunang, tunggu habis PHD dulu. Takut kahwin kemudian beranak, tidak sempat tamat pengajian.

“Saya datang beraya pun orang bertanya bila mahu kahwin? Tidak pasti mengapa orang ukur kejayaan dengan perkahwinan,” katanya yang kini melanjutkan pengajian tahun pertama Doktor Falsafah dalam
bidang Komunikasi di Universiti Teknologi Mara.

Pernah beberapa kali gagal dalam percintaan, penyanyi Tak Malu itu tidak serik bercinta, namun berhati-hati untuk berkongsi hal peribadi diri.

“Saya tidak trauma pun cuma tapi dalam perhubungan lebih baik tidak menguar-uarkan kepada sesiapa. Sebab dunia sekarang menakutkan.

“Saya lebih berhati-hati dan tidak mahu salahkan penyakit ain, tapi begitulah. Jika jadi, saya akan sebarkan kepada satu dunia,” jelasnya.

Farisha ditemui di di sidang media pengumuman konsert jelajah Untungnya Untungnya, di sini, hari ini.

Terdahulu pada tahun lalu, penyanyi program Big Stage musim ketiga itu dikhabarkan akan berkahwin selepas setahun bercinta namun impian itu musnah apabila kisah cinta mereka putus hujung tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN