Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Dr. Salleh Kalbi meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Dr. Salleh Kalbi meninggal dunia

Allahyarham Datuk Salleh Kalbi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Silam (kini Lahad Datu), Datuk Dr. Salleh Kalbi dilaporkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.

Berita pemergian beliau disahkan isterinya, Datin Fatmah Abdul Aziz yang memaklumkan Allahyarham menerima rawatan di hospital berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu.

“Jenazah akan diurus dan disembahyangkan di Masjid Firdaus, Kampung Sapagaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan selepas solat Zohor,” katanya.

Allahyarham yang berusia 61 tahun pernah menjadi Ahli Parlimen Silam mewakili Barisan Nasional (BN) melalui UMNO dari 2008 hingga 2013.

Ketika itu, Parlimen Silam merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lahad Datu (kini Silam), Tungku dan Kunak, sebelum satu lagi DUN baharu, Segama diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) Sabah pada 2020.

Selepas tidak lagi bersama UMNO, Allahyarham meneruskan penglibatan dalam politik melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga ke akhir hayat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan, Amirah Mahfuzah Syopieah dan Amera Elezadiba Syalesiah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya