Bekalan tenaga elektrik negara stabil - Fadillah

Bekalan tenaga elektrik negara stabil – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Bekalan tenaga elektrik negara masih stabil susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

 

Beliau berkata, walaupun bekalan gas untuk janakuasa elektrik minggu ini dalam keadaan kritikal, Petronas sedang mencari kaedah bagi mendapatkan bakalan gas apabila saluran sedia ada ditutup.

 

Malah katanya, jika minggu depan gas tidak dapat dibekalkan kepada stesen janakuasa terbabit, Petronas akan mencari jalan bagaimana mendapatkan bekalan gas.

 

“Kita juga akan melaksanakan langkah seterusnya (jika bekalan gas tidak dapat disalurkan) iaitu menghidupkan janakuasa lama (bahan api diesel atau arang batu) untuk memastikan bekalan tenaga elektrik di Lembah Klang khususnya tidak terjejas,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Petra Jaya di Pusat Konvensyen SIDB, hari ini.

 

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Wan Junaidi dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

 

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, pihaknya bersama Petronas turut mengadakan audit integriti terhadap kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan terjejas.

 

“TNB juga sedang memantau untuk memastikan seluruh infrastruktur tidak terjejas.

 

“Kabel di rumah yang terjejas kini dalam siasatan manakala bentuk bantuan akan dimuktamadkan oleh Petronas sama ada menerusi insurans dan ia bergantung kepada keseluruhan siasatan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya