PETALING JAYA: Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 3.9 peratus bagi tahun ini susulan cabaran global yang berterusan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr. Apurva Sanghi berkata, unjuran itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kekangan semasa.
“Dengan mengambil kira semua kemungkinan kekangan, kami (Bank Dunia) mengunjurkan kadar pertumbuhan Malaysia bagi 2025 pada 3.9 peratus,” katanya menerusi hantaran di Platform X.
Bank Dunia turut memaklumkan unjuran pertumbuhan bagi beberapa negara ASEAN lain dengan Vietnam dijangka mencatat kadar tertinggi iaitu 5.8 peratus diikuti Filipina 5.3 peratus, Indonesia 4.7 peratus, Kemboja 4.0 peratus dan Thailand 1.6 peratus.
Sementara itu, unjuran bagi kadar pertumbuhan China adalah pada 4.0 peratus.
Bagaimanapun, beliau berkata, BNM tidak akan tergesa-gesa melaraskan unjuran itu kerana tiada sebarang perkembangan muktamad buat masa ini.
Rabu lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025 bertajuk ‘A Critical Juncture amid Policy Shifts’ telah menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus berbanding 4.7 peratus sebelum ini selaras dengan penurunan unjuran seluruh rantau.-UTUSAN