Azalina dan Ewon Benedick wakil Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara Paus Francis

Azalina dan Ewon Benedick wakil Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara Paus Francis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri  Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk Paus Francis di Vatican City, esok.

 

Wisma Putra memaklumkan Istiadat Pengebumian Negara berkenaan termasuk mengadakan upacara keagamaan berdasarkan adat Roman Katolik (Misa Pengebumian) di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Ketua Kolej Kardinal, Giovanni Battista Re.

 

“Setelah itu, satu istiadat perarakan akan diadakan bagi mengiringi jenazah Paus Francis ke Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, di mana beliau akan disemadikan dalam satu upacara tertutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Kenyataan memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Francis pada 21 April lalu.

 

“Dalam perutusan beliau, Perdana Menteri memperingati sumbangan besar kepada usaha dialog antara agama, pengurusan alam sekitar serta perlindungan hak bagi golongan dimarginalisasi.

 

“Pada 23 April, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga telah menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Besar Holy See di Kuala Lumpur bagi pihak Kerajaan Malaysia,” katanya.

 

Pemimpin tertinggi Vatican itu sebelum ini dilaporkan meninggal dunia pada usia 88 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya