Aksi curi dompet ‘kantoi’ dirakam CCTV

Aksi curi dompet ‘kantoi’ dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perbuatan seorang individu mencuri dompet di Pasar Siti Khadijah, di sini terbongkar apabila aksi jenayahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV), semalam.

Dalam kejadian itu, suspek bertindak mencuri dompet tersebut ketika mangsa sedang membeli barangan di pasar berkenaan. Insiden itu tular menerusi video berdurasi 38 saat dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dan mengesan individu yang terlibat dalam video klip berkenaan.

“Kepada mana-mana pihak yang mengenali individu yang dipaparkan dan mempunyai sebarang maklumat  atau individu berkenaan sendiri, di,mohon kerjasama tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan individu yang terlibat boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berdekatan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Bharu, Sarjan Mohd. Syawal Abd. Mutolib di talian 014-6775994 atau 09-7752242,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya