Aib lama diungkit kembali, Alya Iman tidak pasti ada cubaan sabotaj - Utusan Malaysia

Aib lama diungkit kembali, Alya Iman tidak pasti ada cubaan sabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Alya Iman, enggan ambil pusing apabila namanya dipetik oleh warganet yang mengaitkannya kembali dengan isu penyondol di media sosial.

Bagi Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, perkara yang pernah terjadi itu sudah menjadi sejarah dan tidak wajar sekiranya dibangkitkan semula.

“Bagi saya apapun yang orang mahu libatkan nama saya, saya tidak boleh kawal. Apa yang sudah terjadi di masa lalu, biarkan berlalu.

“Saya tidak mahu komen lebih banyak. Saya tidak baca pun semua komen negatif. Segala posting pun kadang-kadang saya tidak baca, jadi saya tidak tahu apa yang orang sedang cakap tentang diri saya.

“Asalkan orang sekeliling dan juga rakan media kenal siapa saya, itu lebih penting,” katanya.

Alya ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran drama Viu Pabila Dia Tersenyum di Sunway Pyramid, semalam.

Bagaimanapun, pelakon Jadikan Aku Bidadari itu tidak pasti sekiranya gosip lama yang kembali tular ada mempunyai kaitan dengan pihak yang cuba menjatuhkan kerjayanya.

“Saya tidak tahu mengenai itu, saya tidak rasa ada pihak cuba jatuhkan saya, wallahualam.

“Bagi saya rezeki di tangan Allah, apapun saya hanya buat yang terbaik.

“Saya percaya Allah akan menentukan segalanya walaupun pelbagai cara orang lakukan untuk menjatuhkan kita,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon, Allahyarham Azmil Mustapha turut memastikan semangatnya sebagai anak seni tidak akan patah walaupun dilanda segala gosip buruk.

“Saya tak baca, gosip ini tidak penting dan tidak memberi kesan kepada saya secara peribadi.

“Jika ia memberi kesan kepada kerjaya saya sekalipun, saya akan buat yang terbaik untuk buktikan pada semua bahawa saya mempunyai bakat yang besar,” katanya.
Terdahulu, nama Alya Iman dipetik warganet sebagai individu yang dikaitkan mempunyai sejarah menjadi orang ketiga.

Pada 2020, Alya sebelum ini tidak menafikan pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

Bagaimanapun, pelakon itu meminta maaf dan memutuskan hubungan terlarang itu pada Mac tahun yang sama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya