Ahmad Zahid ingatkan calon SPM 2024 supaya tidak berputus asa

Ahmad Zahid ingatkan calon SPM 2024 supaya tidak berputus asa

UCAPAN tahniah Zahid Hamidi kepada pelajar SPM di Facebook, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diingatkan untuk tidak berputus ada dengan keputusan yang diterima pada hari ini, sebaliknya terus berusaha melakar masa depan lebih cerah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan SPM 2024 itu merupakan permulaan langkah ke peringkat kehidupan seterusnya yang akan mencorakkan masa depan.

Kata beliau, ia akan menentukan pelajar akan meneruskan pengajian akademik atau menyertai dunia pekerjaan mahupun menceburi bidang teknikal dan kemahiran.

“Ruang pendidikan sentiasa terbuka luas kepada semua calon SPM. Selain laluan akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kerajaan turut menyediakan jalur pendidikan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kini diiktiraf sebagai pemacu utama pembangunan negara.

“TVET bukan sahaja berperanan memperkasakan modal insan, tetapi juga membina asas kukuh kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang bergantung kepada tenaga kerja mahir dan kompeten,” katanya  kenyataan media, hari ini.

Hari ini dilaporkan seramai 14,179 calon peperiksaan SPM 2024 berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A, A- dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 11,713 calon pada tahun 2023.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, beliau komited untuk memastikan agenda TVET diangkat sebagai salah satu aliran pendidikan utama.

“Bukan sekadar pilihan alternatif bagi mereka yang kurang cemerlang dalam akademik. Kini, kita telah menyediakan saluran UP_TVET sebagai platform rasmi bagi memohon dan melanjutkan pengajian dalam bidang ini.

“Kini, terdapat 12 kementerian yang menawarkan program TVET melibatkan 1,398 institusi TVET dengan jumlah pelajar menyertai bidang TVET pada tahun lepas juga meningkat kepada lebih 436,285 peserta berbanding 407,038 pada 2023.

“Kadar kebolehpasaran graduan TVET mencecah 94.5 peratus termasuk kebolehpasaran graduan daripada institusi TVET di bawah Mara pula pada kadar 98.7 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya