ADUN Pelabuhan Klang ‘mengamuk’ kualiti turapan jalan

ADUN Pelabuhan Klang ‘mengamuk’ kualiti turapan jalan

AZMIZAM Zaman Huri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Azmizam Zaman Huri melahirkan rasa kecewa dengan kualiti jalan yang sedang diturap di kawasan Kota Pendamar di sini.

 

Menurutnya, lebih menyedihkan jalan yang sedang diperbaiki itu berada tidak jauh daripada lokasi pejabatnya.

 

“Saya melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan cara kerja dan kualiti turapan jalan oleh pihak kontraktor yang dilantik di Taman Kota Pendamar, Pelabuhan Klang ini.

 

“Ini yang sempat saya pantau, bagaimana dengan tempat-tempat yang lain,” katanya dalam media sosial semalam.

 

Azmizam berkata, sepatutnya sepanjang kerja turapan jalan dijalankan, ia perlu dipantau dan di kawal selia pihak kontraktor dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Namun katanya, kualiti kerja turapan jalan dilakukan pihak terbabit sangat mengecewakan.

 

“Sampai bila-bila pun masalah jalan di Klang tidak boleh selesai, sekiranya kualiti turapan jalan tidak diberi keutamaan,”ujarnya.

 

Azmizam berkata, pihak kontraktor sewajarnya tidak melakukan kerja yang disifatkannya sebagai cap ayam atau berkualiti rendah kerana wang projek pembaikan jalan tersebut adalah duit rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN