Ada ijazah tapi jadi suri rumah, itu pandangan cetek, penghinaan - Leona - Utusan Malaysia

Ada ijazah tapi jadi suri rumah, itu pandangan cetek, penghinaan – Leona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh popular, Leona, tidak bersetuju dengan pandangan bahawa wanita berpendidikan tinggi yang memilih menjadi suri rumah dianggap telah membazirkan segulung ijazah yang digenggam.

Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona Azhar, 23, menyifatkan pandangan sedemikian adalah cetek selain satu penghinaan buat golongan wanita yang berilmu.

“Adakah ia benar-benar satu pembaziran? Saya rasa itu pandangan yang cukup cetek dan menghina.

“Memilih untuk membesarkan anak-anak dengan penuh dedikasi dan rela hati adalah perkara yang sangat indah, malah merupakan pengorbanan terbesar,” katanya.

Dalam pada itu, Leona berkata, anak-anak bertuah apabila mempunyai ibu yang berpendidikan dan terlibat secara aktif dalam kehidupan mereka, sekali gus mampu membentuk generasi yang lebih baik.

“Seorang ibu yang berilmu memainkan peranan penting dalam membentuk siapa anak-anak akan jadi.

“Saya sendiri bertuah mempunyai ibu yang sentiasa ada dengan saya, dan tidak akan menukarnya dengan apa-apa pun,” katanya.

Leona berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagram Story (Igs) ketika berinteraksi dengan pengikutnya, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai keperluan memiliki ijazah untuk menjadi pempengaruh, Leona berpendapat sesiapa sahaja boleh menjadi pempengaruh tanpa perlu memiliki ijazah khusus.

“Anda tidak perlu ijazah untuk menjadi pempengaruh, sesiapa pun boleh jadi.

“Tiada had untuk menjadi pempengaruh, tetapi jika anda berkemampuan mendapatkan ijazah, anda perlu ambil,”katanya.

Tambah Leona, kerjaya sebagai pempengaruh tidak menjanjikan ketahanan jangka panjang, terutama jika gagal untuk kekal relevan dan berkembang.

“Pada usia 18 tahun memang mudah terpesona dengan wang, tetapi kerjaya ini biasanya tidak panjang.

“Yang kekal lama ialah mereka yang bijak berkembang dan menyesuaikan diri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya