700 pengunjung hadiri Karnival Pendidikan, Kerjaya Sabak Bernam

700 pengunjung hadiri Karnival Pendidikan, Kerjaya Sabak Bernam

SEBAHAGIAN pengunjung yang menghadiri Karnival Pendidikan dan Kerjaya anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dengan kerjasama Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Politeknik Sultan Idris Shah yang diadakan di Sabak Bernam baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kira-kira 700 pengunjung terdiri daripada pelajar-pelajar dan komuniti setempat hadir pada Karnival Pendidikan dan Kerjaya Sabak Bernam anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dengan kerjasama Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Politeknik Sultan Idris Shah yang diadakan baru-baru. ini.

Karnival yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar Selangor membawa slogan “Inspirasi Kejayaan Komuniti” turut menghimpunkan institusi pendidikan khususnya yang ada di daerah ini bagi memberi pendedahan dan memperkenalkan program pengajian yang ditawarkan.

Pegawai Daerah Sabak Bernam Ali Sadikin Sadin berkata karnival tersebut merupakan julung kali diadakan dan besar harapan beliau untuk kekal dilaksanakan sebagai acara tahunan.

Pelaksanaan program ini adalah berpunca daripada data pelajar-pelajar anak tempatan yang sangat rendah di Politeknik Sultan Idris Shah, Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Pusat GIATMARA sedangkan institusi-institusi ini sangat hebat pencapaiannya,” ujarnya ketika merasmikan majlis penutup karnival.

Matlamat karnival bertujuan memberi pendedahan serta peluang kepada belia di Daerah Sabak Bernam agar menyambung Pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ada di daerah ini

Sebanyak 16 reruai bagi pameran interaktif melibatkan institusi-institusi pendidikan dan agensi laluan kerjaya antaranya seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Unit Pengambilan Universiti (UPU), MRSM Sungai Besar, Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KiSTARP) dan GIATMARA.

Sementara terdapat 10 usahawan institusi dan tempatan berpeluang membuka reruai keusahawanan bagi memperkenalkan produk yang dihasilkan.

Turut serta ialah pengusaha keropok lekor dan popia sata dari Syarikat KH Niaga (Mokla Food) yang juga merupakan Alumni Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Lebih mengujakan, GIATMARA Sabak Bernam turut menawarkan khidmat servis motosikal percuma kepada 100 pengunjung terawal yang diselenggara oleh pelajar-pelajar mereka sendiri.

Turut hadir Orang Besar Daerah Sabak Bernam Dr. Paridul Adras Ismail, Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam Ahmad Arman Nor Anuar, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Haslinda Abd Hamid, dan Mohd Zakiyuddin Abdul Hamid; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Mohd Zakiyuddin Abdul Hamid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN