SERAMAI 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labu Besar, Kulim, Kedah baru-baru ini menyertai Bengkel Penulisan Kreatif anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Sumber Labuanda dan Panitia Bahasa Melayu.
Semasa bengkel tersebut, peserta mengikuti taklimat awal dari Guru Bahasa Tingkatan Enam sekolah itu, Nik Zuraida Nik Mohd diikuti ceramah dari Pensyarah Universiti Bahagian Kesusasteraan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, Dr. Husairi Hussin.
Turut hadir Pengetua SMK Labu Besar, Ishak Amin; Penolong Kanan Pentadbiran SMK Labu Besar, Hassan Ahmad ; Guru Perpustakaan dan Media, Mastura Hussin ; Guru Bahasa Tingkatan Enam, Nik Zuraida Nik Mohd, Guru
Kanan Bahasa, Norifah Nordin dan Pegawai Perancang Bahasa DBP Wilayah Utara, Zainal Abidin Mohd Zin.
Tujuan diadakan bengkel itu adalah bagi mengasah bakat peserta supaya mengembangkan gaya penulisan sendiri ke tahap yang lebih baik. – UTUSAN