39 pelajar, kakitangan sekolah demam, batuk, ruam selepas pulang kem

39 pelajar, kakitangan sekolah demam, batuk, ruam selepas pulang kem

LALUAN masuk ke kem yang diarah tutup selama dua minggu selepas dikaitkan dengan penyakit berjangkit dialami oleh pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kira-kira 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Muda mengalami demam, batuk dan ruam pada badan selepas menjalani latihan di sebuah kem di Yan, dekat sini, baru-baru ini.

Kesemua pelajar yang didakwa dijangkiti penyakit berjangkit itu adalah daripada tingkatan dua sekolah tersebut dan mereka telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan Hospital Yan, di sini dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda dan PKD Yan telah menjalankan siasatan berhubung kejadian itu, namun wabak penyakit itu belum dikenal pasti.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masih menyiasat kejadian itu termasuk di kem tersebut.

“Orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan panik dan mengganggu siasatan.

“Semua pihak diminta agar sentiasa peka terhadap langkah pencegahan dan menjaga kebersihan persekitaran tempat kediaman dan tempat rekreasi bagi mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, JKN akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas siasatan selesai.

Terdahulu, tular di media sosial satu mesej daripada PKD Yan yang sedang menjalankan siasatan mengenai satu kluster penyakit berjangkit yang dikaitkan dengan sebuah kem di Yan.

Melalui mesej itu, pejabat kesihatan itu meminta semua pegawai perubatan klinik kesihatan, Hospital Yan dan Klinik Pergigian Daerah Yan mengambil tindakan ‘menotifikasi’ dengan serta merta mana-mana pesakit yang mempunyai gejala seperti demam, ruam, gelembung kulit, batuk, selesema, muntah atau cirit-birit.

Ia terutama kepada orang awam yang pernah mengunjungi, bermalam atau menyertai aktiviti di kem berkenaan pada atau selepas tarikh 4 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya