2,000 orang hadir solat jenazah Pak Lah

2,000 orang hadir solat jenazah Pak Lah

2,000 orang hadir solat jenazah Pak Lah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Lebih 2,000 hadir dalam memberi penghormatan terakhir serta solat jenazah kepada Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

 

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni selepas solat fardhu Zuhur pada pukul 1.50 petang.

 

Turut bersama menunaikan solat jenazah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kesihatan yang juga menantu Allahyarham, Khairy Jamaludin dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohammad Sabu serta jemaah Kabinet lain.

 

Tun Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

 

Doktor yang bertanggungjawab merawat Pak Lah di IJN memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke dalam wad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

 

Allahyarham berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN