Sambutan Hari Raya Aidilfitri Generasi Z (Gen Z) berjaya menarik lebih 2,000 kehadiran generasi baharu Felda Wilayah Jengka di Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak Jengka, baru-baru ini.
Bercakap kepada Utusan Pelajar, Presiden Sekretariat Mahasiswa Parlimen Kuala Krau, Nurliliyana Anis Ahmad,22, berkata program tersebut merupakan inisiatif mahasiswa setempat bagi membina hubungan antara generasi muda Felda dan pemimpin komuniti.
Menurutnya, kehadiran mahasiswa pelbagai universiti, pelajar sekolah rendah dan menengah dalam Felda Tiga Segi Jengka membuktikan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan anak muda
“Matlamat utama penganjuran majlis ini adalah untuk menghubungkan kembali generasi baharu Felda dengan akar budaya dan warisan yang menjadi asas komuniti Felda.
Kami juga mahu membuktikan bahawa anak muda, khususnya Gen Z, tidak alpa terhadap peranan mereka dalam memperkukuh jati diri bangsa dan nilai perpaduan,” katanya Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan
Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said. – UTUSAN