160 koperasi pelancongan terima insentif Jejak RM2 juta

160 koperasi pelancongan terima insentif Jejak RM2 juta

RUSLI Jaafar (dua dari kanan) beramah mesra bersama anggota koperasi pada Majlis Tautan Mahabbah Koperasi Negeri Terengganu sempena Aidilfitri 2025 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 160 koperasi yang menjalankan aktiviti dalam industri pelancongan di seluruh negara akan menerima insentif di bawah program Jom Jelajah Koperasi (Jejak) bernilai RM2 juta pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Rusli Jaafar berkata, insentif tersebut adalah peruntukan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang diperkenal sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, setiap koperasi berkenaan menerima insentif tersebut sebanyak RM12,500 yang daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM10,000 dibelanjakan untuk bayaran diskaun sebanyak 20 peratus daripada harga bilik dan produk serta RM2,500 bagi tujuan promosi.

“Objektif program ini adalah lebih kepada mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan koperasi bagi meningkatkan imej dan visibility gerakan koperasi.

“Selain itu, program itu dapat merangsang dan meningkatkan penglibatan koperasi dalam industri berkenaan bagi meningkatkan pendapatan ke tahap yang maksimum,” katanya pada Majlis Tautan Mahabbah Koperasi Negeri Terengganu sempena Aidilfitri 2025 di sini, hari ini.

Rusli berkata, setakat ini, sebanyak 22 koperasi di negeri ini menerima insentif  tersebut yang berjumlah keseluruhan RM198,000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN