Wan Zack Haikal berniaga air balang

Wan Zack Haikal berniaga air balang

WAN Zack Haikal Wan Nor menjual air balang di Bazar Ramadan Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain pasukan bola sepak Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Nor tidak melepaskan peluang untuk turut berniaga air balang di bazar Ramadan demi mencari pendapatan tambahan.

Malah pemain berusia 34 tahun itu turut menjadi tumpuan di Bazar Ramadan Bulatan Sultan Azlan Shah di sini dengan pengunjung tidak ketinggalan untuk bergambar dengannya.

“Sebelum ini pernah juga berniaga, namun ini kali pertama saya berniaga di sini. Saya bersama kenalan menjual air balang pelbagai perisa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, dia akan mula membuka gerai seawal pukul 3 petang sehingga waktu berbuka puasa.

Katanya, selepas pukul 9 malam, dia akan menyertai rakan sepasukan menjalani rutin latihan bagi mengekalkan kecergasan termasuk menghadapi satu-satunya aksi Perak FC dalam Liga Super di bulan Ramadan menentang Negeri Sembilan FC pada 8 Mac ini.

“Disebabkan hanya satu sahaja perlawanan sepanjang bulan puasa, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk berniaga. Sekurang-kurangnya dapat mencari pendapatan tambahan,” kata pemain yang pernah bermain sebanyak 29 kali bersama skuad kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya