UMK hasilkan gula-gula berasaskan madu kelulut

UMK hasilkan gula-gula berasaskan madu kelulut

ZUBAIDAH Aimi Abdul Hamid (empat kanan) bersama Naib Chanselor UMK Dr. Arham Abdullah menunjukkan produk VitaLulut Gummies yang dihasilkan oleh , Xbuzz Stingless Bee Production Sdn. Bhd (Xbuzz) di UMK, Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui syarikat hilirannya, Xbuzz Stingless Bee Production Sdn. Bhd (Xbuzz) memperkenalkan inovasi baharu apabila menghasilkan gula-gula berasaskan madu kelulut.

Pengarah Urusannya, Dr. Zubaidah Aimi Abdul Hamid berkata, produk dikenali sebagai VitaLulut Gummies itu menggabungkan multivitamin, mineral, dan antioksidan yang berasaskan kepakaran kajian vitamin C, zink, dan biolavonoid. 

“Kita mengambil masa dua tahun untuk membuat kajian secara saintifik dalam penghasilan VitaLulut Gummies. Alhamdulillah, kerja keras ini berbaloi apabila mendapat permintaan tinggi dari negara Timur Tengah dan Brunei.

“Ini adalah kejayaan keenam hasil kajian dan inovasi yang mendapat tempat dalam pasaran domestik dan luar negara. Kami beruntung apabila  usaha ini dilaksanakan bersama penyelidik berpengalaman iaitu Prof Madya Ts. Dr. Mardawi Mohamad, Dr Nur Nabilah Shahidan dan Dr.  Rosmawani Mohammad,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Vitalulut Gummies dan Perjanjian Pelesenan Antara Xbuzz Stingless Bee Production Sdn. Bhd dengan Hannan Medispa Sdn. Bhd

Zubaidah memberitahu, hasil penemuan ini turut membantu lebih 20 penternak kelulut di Jeli untuk membekalkan madu kelulut secara konsisten kepada pihaknya.

Katanya, Hannan Medispa Sdn. Bhd turut dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk produk berkenaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN