KOTA BHARU: Dua beradik yang sebelum ini hanya mampu memakai baju Melayu terpakai semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebak mendapat set kelengkapan pakaian baharu untuk perayaan itu tahun ini. Mohd. Shazrul Fahmi Mohd. Azman, 14, berkata, dia dan adiknya, Mohd. Syahdan, 10, bertuah kerana dipilih menerima sumbangan seperti baju Melayu, songkok dan kasut yang menambah keceriaan sambutan Aidilfitri walaupun tanpa ibu bapa mereka. “Tahun-tahun sebelum ini saya dan adik memakai…










