Syasya Rizal kongsi wajah anak pertama kali - Utusan Malaysia

Syasya Rizal kongsi wajah anak pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Syasya Rizal membuat kejutan berganda apabila tidak hanya kembali bernyanyi, malah berkongsi wajah anak, Muhammad Yassir Hayyan buat pertama kali. 

Menerusi video klip Raya Pum Pang yang dimuat naik pada Jumaat, Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 24, dilihat memangku anaknya yang baru berusia dua bulan sambil dilihat rakan duet, Fazura. 

Perkara itu disahkan sendiri bekas penyanyi kumpulan Dolla itu ketika menjawab soalan warganet yang turut dikongsikan di Instagram Story.

“Ya awak, Yassir debut,” katanya ringkas. 

Bagaimanapun, hasil semakan Utusan Malaysia Syasya dilihat sudah memadam perkongsian itu. 

Mengetengahkan nasihat jangan mengumpat ketika berziarah, Syasya berharap kolaborasinya bersama Fazura akan dapat diterima baik oleh peminat.

“Saya harap kalian suka dengan lagu raya istimewa daripada kami. Mari kira ber ‘Raya Pumpang’ sama-sama okay,” ujarnya. 

Sebelum ini, Syasya dilihat ligat menjalani latihan vokal dipercayai di bawah bimbingan seorang guru profesional sekali gus memberi bayangan kembali serius dalam bidang nyanyian. 

Terdahulu, Syasya selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 Disember tahun lalu. Penyanyi itu turut memuat naik video suaminya, Nasrullah membacakan azan dan iqamat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN