Selaraskan SOP baiki jalan negeri, perbandaran

Selaraskan SOP baiki jalan negeri, perbandaran

AHMAD MASLAN (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Seri Perdana di Kluang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KLUANG: Kementerian Kerja Raya berharap satu pelarasan prosedur operasi standard (SOP) diwujudkan supaya projek pembaikan jalan negeri dan perbandaran dapat dilaksanakan dengan segera apabila mengalami kerosakan teruk, sama seperti yang diamalkan terhadap jalan Persekutuan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mengikut SOP yang dilakukan terhadap kerosakan jalan Persekutuan yang rosak termasuklah jalan berlubang, pembaikan akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

“Diharap dengan adanya pelarasan SOP itu, mana-mana jalan yang rosak yang berlubang terutamanya dapat dibaiki dengan segera, selain syarikat konsesi turut diminta untuk melihat kekemasan di bahagian tepi jalan dan tidak hanya tertumpu di tengah jalan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana hari ini.

Ahmad Maslan mengulas berkenaan keadaan jalan yang berlubang sehingga mengakibatkan kematian dua pelajar dalam kemalangan di Kota Tinggi, baru-baru ini.

Sementara itu, katanya, siasatan terperinci berkenaan kejadian kemalangan itu masih dilakukan dan dijangka akan selesai dalam tempoh masa terdekat.

“Saya turut berharap pemantauan secara kerap perlu dilakukan memandangkan jalan mudah rosak ketika waktu hujan, hari ini kita ronda jalan masih baik tetapi akibat hujan esoknya sudah rosak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN