Saya sudah halalkan, harap duit itu untuk yang memerlukan - Zulin Aziz - Utusan Malaysia

Saya sudah halalkan, harap duit itu untuk yang memerlukan – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zulin Aziz reda dengan insiden kehilangan dompet yang menyebabkan dirinya kerugian sejumlah wang ringgit sewaktu bercuti di Korea Selatan, pada Disember lalu.

Menurut Zulin, perkara tersebut berlaku di atas kecuaiannya sendiri namun dirinya sudah pun menghalalkan wang tunai yang hilang itu selain berharap ia ditemukan oleh mereka yang memerlukan.

“Saya sudah halalkan dan berharap duit itu dijumpai orang yang betul-betul memerlukan. Saya hanya mampu bersangka baik sahaja.

“Lagi pun saya percaya Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jadi, saya sudah ikhlaskan,” katanya ketika ditemui di sidang media Temasya Komedi Rakyat, pada Isnin.

Enggan mendedahkan jumlah kerugian yang ditanggung, Zulin bagaimanapun bersyukur kerana hanya wang tunai yang sudah dikeluarkan sahaja yang hilang.

Katanya, dia masih boleh menampung perbelanjaan di sana menerusi sistem pembayaran digital.

“Jumlah yang saya bawa itu agak banyak kerana saya sudah asingkan untuk bayar makanan, penginapan dan pengangkutan. Mungkin disebabkan dalam itu ada tunai, jadi orang yang mengambil rambang mata.

“Mujur ada sistem pembayaran yang menyelamatkan saya semasa di Korea sebab kad bank semua sudah tiada. Alhamdulillah tiada kehilangan dalam bank cuma wang tunai itu sahaja.

“Saya keluarkan itu pun kerana ramai pesan pada saya untuk bawa duit lebih bagi mengelakkan di tahan di pihak imigresen. Tak sangka pula lain jadinya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN