RM9.45 juta untuk Program Iftar Rahmah Madani

RM9.45 juta untuk Program Iftar Rahmah Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meneruskan komitmen membantu golongan kurang berkemampuan dengan pelancaran Program Iftar Rahmah Madani di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, program itu bertujuan menyediakan juadah berbuka puasa percuma kepada masyarakat, khususnya golongan asnaf dan B40.  

Katanya, sebanyak 70 masjid dan surau terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan terlibat dalam inisiatif itu.

“Program ini merupakan anjuran  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Dijangka sebanyak 21,000 penerima setiap hari sepanjang Ramadan, dengan keseluruhan 630,000 pek makanan diagihkan.  

“Program ini bukan sekadar menyediakan juadah berbuka, tetapi juga menjadi lambang kasih sayang dan keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan.  

Beliau turut menyerahkan sumbangan bernilai RM9.45 juta kepada wakil masjid dan surau bagi menjayakan program berkenaan. 

Naim berkata, seramai 100 asnaf turut menerima sumbangan bakul makanan JAWI Food Bank mengandungi barangan keperluan asas.  

“Program Iftar Rahmah Madani merupakan sebahagian daripada aspirasi Malaysia Madani dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN