Rezeki terpijak, beli Trapo menang kereta - Utusan Malaysia

Rezeki terpijak, beli Trapo menang kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai korporat, Razlan Rahim, tidak menyangka hanya dengan membeli pengelap cermin depan Trapo, dia berjaya membawa pulang sebuah kereta elektrik BYD Dolphin serta beberapa produk jenama tersebut bernilai kira-kira RM112,000.

Razlan, yang membelanjakan lebih RM4,000 untuk wiper dan pelbagai aksesori kereta jenama Trapo, dinobatkan sebagai pemenang selepas berjaya meneka berat balang dengan tepat dalam pertandingan anjuran syarikat tersebut.

“Saya sangat teruja dan sebenarnya masih sukar percaya bahawa saya adalah pemenangnya. Pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang memenangi kereta baharu, tetapi juga pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kerana menghargai pelanggan seperti kami,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee, berkata, pemilihan pemenang dilakukan dalam dua peringkat, iaitu melalui platform luar dan dalam talian. Seramai 10 finalis dipilih menggunakan sistem cabutan berformula pihak ketiga sebelum mereka berentap dalam permainan meneka berat balang yang dipenuhi kepingan karpet kereta EVA Trapo.

Pemenang ditentukan berdasarkan anggaran yang paling tepat, dan Razlan berjaya membuat tekaan terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah utama.

“Inisiatif ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada pelanggan yang telah bersama kami selama ini. Kami mahu meraikan mereka dengan menawarkan hadiah luar biasa.

“Ia juga mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian automotif berkualiti tinggi, sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti pelanggan,” katanya.

Tzong menambah, sebagai pengeluar aksesori kereta buatan tempatan pertama di Malaysia, Trapo berbangga dengan pencapaiannya dan bercadang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif serupa pada masa akan datang, bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menikmati ganjaran istimewa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN