Respect sebab mereka cepat minta maaf - Safee Sali - Utusan Malaysia

Respect sebab mereka cepat minta maaf – Safee Sali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, 41, memuji tindakan tiga penyampai program 3 pagi Era yang tampil memohon maaf berhubung isu mempersenda agama Hindu baru-baru ini.

Safee yang juga berkhidmat di stesen radio tersebut berkata langkah diambil Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy itu adalah tindakan terpuji yang wajar dicontohi semua pihak.

“Saya respect ketiga-tiga mereka kerana pantas memohon maaf. Tindakan mereka itu sangat baik dan terpuji,” katanya.

Safee berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran radio Zayan FM dan Era FM di Masjid Haji Fisabilillah, baru-baru ini.

Ketiga-tiga penyampai radio terbabit baru-baru ini dikecam hebat atas tindakan mereka yang dikatakan seolah-olah mempersendakan agama Hindu.

Susulan itu, Nabil, Azad dan Radin digantung tugas selaku penyampai radio Era.

Disebabkan kes tersebut, radio berkenaan juga dikenakan kompaun sebanyak RM250,000.

Safee pada masa yang sama memaklumkan  dia juga mengambil iktibar atas kejadian itu.

“Banyak hikmah yang boleh diambil. Pertama, kita tidak boleh mainkan isu sensitif.

“Kedua, Jangan terburu-buru mengambil tindakan. Kena bertenang bagi redakan keadaan.

“Fikirkan pilihan yang lebih baik dalam menyelesaikan sesuatu isu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya