Rempuh pokok selepas langgar lopak air

Rempuh pokok selepas langgar lopak air

KERETA Mercedes Benz E300 yang dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan selepas merempuh sebatang pokok di Jalan Taman Pertam Jaya, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki terselamat tanpa sebarang kecederaan meskipun kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok selepas melalui lopak air di Jalan Taman Pertam Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kereta Mercedes Benz E30 yang dipandu mangsa berusia 34 tahun itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan akibat impak pelanggaran.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang merupakan tukang elektrik sedang memandu dari Semabok ke Ujong Pasir, sebelum melanggar lopak air di laluan berkenaan.

“Sebaik tiba di satu jalan lurus, kenderaan mangsa hilang kawalan lalu merempuh pokok di tengah pembahagi jalan sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah Christopher, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN