KUALA LANGAT: Pukulan beduk dan laungan azan di pekarangan masjid sebagai tanda masuk waktu maghrib dan berbuka puasa menjadi simbolik kepada pembukaan sambutan ulang tahun ke-100 Kampung Jenjarom, di sini, semalam. Sebelum itu, acara tersebut turut dimeriahkan dengan agihan 400 bungkus nasi ambeng sebagai juadah berbuka puasa secara pandu lalu. Menurut Nazir Masjid Kampung Jenjarom, Rafiee Hashim, sambutan ulang tahun ke-100 kampung berkenaan akan disambut pada tahun hadapan, namun dimulakan…