PRN Sabah: Sentimen tolak parti Semenanjung tidak ambil suara rakyat akar umbi

PRN Sabah: Sentimen tolak parti Semenanjung tidak ambil suara rakyat akar umbi

ABDUL Rahman Dahlan (berdiri-empat kanan) bergambar kenangan bersama penghuni rumah amal Home Tuaran pada majlis berbuka puasa di Kota Kinabalu, Sabah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sentimen menolak parti dari Semenanjung yang dimainkan pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 dilihat tidak mengambil kira suara rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa, sesebuah parti yang menang atas sentimen ‘anti-Malaya’ dan menjadi kerajaan, mereka tidak mampu untuk membawa pembangunan yang diinginkan oleh rakyat.

“Kita telah melalui fasa itu pada penghujung tahun 1980-an, apabila mereka gunakan slogan ‘Sabah for Sabahan’ dan menolak parti Malaya akhirnya, apa yang berlaku? rakyat tetap menderita.

“Sentimen sebegini hanya dimainkan kerana mereka ingin menjadi kerajaan, mahu jadi Ketua Menteri. Ini tidak adil, biar rakyat Sabah yang membuat keputusan mengenai masa depan mereka dan bukannya parti politik yang menentukan.

“Jadi, jangan anggap UMNO terlalu remeh kerana kami mempunyai akar umbi dan jentera yang begitu besar. Kita bukan sebuah parti yang baharu wujud seperti cendawan selepas hujan, kita berada di negara ini sejak 1946, lebih tua berbanding kebanyakan parti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, menyatakan seolah-olah UMNO tidak relevan di Sabah merupakan satu anggapan yang salah kerana perjuangan UMNO masih mendapat sokongan rakyat Sabah, terutama masyarakat beragama Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN