Pindaan Akta Orang Asli 1954 dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini

Pindaan Akta Orang Asli 1954 dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini

AHMAD Zahid Hamidi, menyampaikan pampasa.Ex-Gratia kepada penduduk Kampung Orang Jeram Kedah, Lenggeng yang terlibat dalam Projek Pembinaan Jalan Baharu dari Kampung Gagu hingga Ulu Beranang pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW 2025 (Zon Tengah) di Masjid Al-Munawwarah, Panchor Jaya, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Kerajaan menyasarkan pindaan Akta Orang Asli 1954 yang kini dalam semakan untuk ditambah baik akan dibentangkan di Parlimen sekurang-kurangnya akhir tahun ini atau pertengahan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini sesi libat urus sedang dijalankan bukan sahaja dengan tok batin dan pemimpin orang asli tetapi juga para intelektual.

“Apabila sesi libat urus selesai dan draf awal pindaan akta dibuat, kita akan bersama dengan bahagian draf undang-undang Jabatan Peguam Negara untuk kita menyelesaikan masalah ini.

” Insya-Allah setelah selesai, pindaan ini akan dibawa ke jemaah menteri dan saya sendiri akan membawakannya untuk mendapatkan kelulusan sebelum di bentangkan di Parlimen.

” Paling lewat pertengahan tahun depan tetapi kita akan cuma akhir tahun ini dan bentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya dalam pada sidang akhbar Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2025 di Masjid Al-Munawwarah, Panchor Jaya di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, terdapat beberapa aspek yang sedang dikenal pasti untuk dimasukkan dalam ubah suai dan naik taraf akta yang tidak dibuat pindaan lebih 70 tahun.

“Terutamanya tentang soal tanah kerana terdapat beberapa pertikaian antara komuniti Orang Asli dengan pihak kerajaan negeri, pihak tuan tanah sama ada swasta ataupun kerajaan, apa diistilahkan sebagai kawasan rayau. Ini termasuk di dalam pindaan kepada akta ini.

“Di samping itu kita juga beri penekanan mengenai pendidikan Orang Asli, walaupun saya telah sebutkan memang ada rancangan khusus yang telah dijalankan Orang Asli bukan hanya di sekolah rendah, menengah dan pendidikan tinggi seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), apa sedang dilakukan adalah untuk menaik taraf tentang pendidikan serta ekosistem dalam pendidikan itu,” kata beliau

Ahmad Zahid berkata, ketiganya, adalah mengenai aspek ekonomi yang mana diketahui Orang Asli ada hak dilatih dibimbing serta diberikan pinjaman menjadi usahawan serta kemudahan – kemudahan untuk mengilang produk jualan mereka.

“Disamping itu kita juga akan melihat tentang perumahan Orang Asli walaupun pihak kerajaan beri keprihatinan pada perumahan orang asli namun pada khidmat KKDW, mereka juga harus diberikan rumah lebih selesa di kawasan tanah rizab Orang Asli.

“Selain itu, kita lihat juga dari segi infrastruktur bekalan air dan bekalan elektrik dan dan kemudahan lain dan akan dimasukkan juga dalam akta yang diubah suai,”katanya.

Bagi tujuan ini juga, beliau berkata, Pengarah Jabatan Kemajuan Oranh Asli (JAKOA) akan membuat kajian pembandingan di New Zealand bagaimana Akta Oang Asli Maori di New Zealand berfungsi dan dijadikan salah satu panduan pindaan akta ini.

“Apa dilakukan di negara berkenaan boleh diguna pakai dan dijadikan panduan nanti,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya