Peningkatan dividen dorong beralih simpanan Syariah

Peningkatan dividen dorong beralih simpanan Syariah

MAZLAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Syariah yang sama dengan Simpanan Konvensional bagi 2024 boleh mendorong lebih ramai pencarum untuk beralih kepada simpan tersebut.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, statistik semasa menunjukkan daripada 16 juta ahli KWSP, hanya 2.2 juta sahaja yang meletakkan simpanan mereka di Simpanan Syariah.

“Pengumuman kadar dividen sebanyak 6.3 peratus bagi kedua-dua simpanan adalah satu kejutan yang positif. Kejutan kedua adalah kadar dividen Simpanan Syariah yang menyamai dividen Simpanan Konvensional.

“Saya lihat perkara ini boleh menggalakkan lebih ramai ahli yang beragama Islam untuk menukar simpanan mereka kepada Simpanan Syariah kerana menjanjikan pulangan yang setimpal atau sama dengan Simpanan Konvensional,” katanya ketika ditemui selepas Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP semalam.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dividen 6.3 peratus yang diumumkan KWSP melebihi jangkaan dan sesuai dengan prestasi ekonomi pada tahun lalu.

Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai 5.1 peratus dan kadar pengangguran pun merosot pada 3.1 peratus pada 2024 serta jumlah ahli yang mencarum dan majikan yang didaftarkan juga meningkat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×