PETALING JAYA: Pembatalan e-Penempatan membabitkan 2,245 pegawai perubatan telah menganiaya kumpulan doktor kontrak yang sepatutnya menerima lantikan tetap dengan dijadualkan pada 25 Mac ini. Kegagalan kelancaran proses pengisian sistem e-penempatan itu telah menyusahkan banyak pihak termasuk mengganggu operasi fasiliti kesihatan awam khususnya membabitkan klinik dan hospital kerajaan luar bandar yang kini berdepan kekurangan tenaga kerja. Jurucakap Hartal Doktor Kontrak berkata, penangguhan untuk kali dua itu amat menyusahkan apabila menyebabkan ramai…










