PARLIMEN: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 dalam usaha mereformasi dan menambah baik institusi demokrasi utama negara.

RUU itu yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan dengan suara majoriti.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Antara perkara yang terkandung dalam RUU ini termasuk penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) dengan berperanan melantik anggota perkhidmatan Parlimen, memantau semua perkara kewangan berkaitan perkhidmatan Parlimen dan membangunkan serta melaksanakan program dan latihan yang berkaitan.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 juga bertujuan menubuhkan perkhidmatan Parlimen sebagai suatu entiti berasingan daripada perkhidmatan awam.

Semalam, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 diluluskan di Dewan Rakyat.

RUU itu peroleh sokongan majoriti Ahli Parlimen pada bacaan kedua dan ketiga, selepas undi belah bahagi dilakukan.

Seramai 148 wakil rakyat bersetuju untuk meluluskan RUU itu, manakala 57 memilih untuk tidak mengundi dan 17 tidak hadir.

Dalam pada itu,  Azalina berkata, Akta Perkhidmatan Parlimen 1966 yang dimansuhkan pada 1992 perlu dikembalikan bagi memastikan Parlimen berfungsi secara bebas daripada cabang eksekutif serta melaksanakan tanggungjawabnya selaras amalan negara maju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN