Pakar bedah saraf digantung: KPT ganti doktor pakar lain

Pakar bedah saraf digantung: KPT ganti doktor pakar lain

Zambry
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil tindakan untuk mendapatkan pakar perubatan ganti lain selepas pakar bedah saraf di Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) digantung tugas sejak 10 Januari lalu susulan dakwaan gangguan seksual.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abduk Kadir berkata, sekumpulan kanak-kanak yang menghidap kecacatan saraf tunjang akan dirujuk ke pakar bedah saraf lain.

Beliau berkata, laporan lengkap berkaitan kes itu telah pun diterimanya dan tindakan susulan akan dijalankan oleh pihak jabatan universiti.

“Manakala hal berkaitan dengan pesakit ataupun mereka yang memerlukan rawatan, maka pihak universiti telahpun membuat langkah-langkah untuk mereka ‘cover’ balik kerja-kerja yang ada.

“Mungkin kalau bukan pakar itu, mereka akan dapatkan pakar-pakar lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut dan ini telahpun dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ih’ya Ramadan yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KPT di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan seramai 17 kanak-kanak yang menghidap spina bifida kini berdepan masa depan tidak menentu selepas pakar bedah saraf yang dijadualkan merawat mereka digantung tugas sejak tiga bulan lalu.

Penyelidik perubatan, Noraishah Mydin Abdul Aziz yang merupakan sebahagian daripada pasukan pakar merawat 30 kanak-kanak spina bifida berkata, penangguhan pembedahan boleh memberi kesan sepanjang hayat kepada mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya