Omar Mokhtar sedia tanding Timbalan Ketua AMK

Omar Mokhtar sedia tanding Timbalan Ketua AMK

Omar Mokhtar Manap
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Omar Mokhtar Manap bersedia untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua AMK dalam  pemilihan PKR Mei nanti.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas permintaan dan sokongan diberikan akar umbi AMK sendiri.

“Maka dengan rendah hati saya bersedia untuk mempertimbangkan permintaan itu, namun saya kira buat masa sekarang kita perlu sama-sama memberikan ruang dan laluan kepada pemilihan AMK yang sedang berjalan di peringkat Cabang.

“Sebaik selesai pemilihan peringkat Cabang, barulah sebarang keputusan untuk pemilihan di peringkat pusat akan diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua AMK Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kassim dan EXCO AMK, Arshad Hassni antara menyatakan kesediaan bertanding jawatan Timbalan sama pada pemilihan PKR Mei ini.

Dalam pada itu, Omar Mokhtar berkata, pemilihan AMK kali ini dilihat mampu menjadi menjadi medan mempersiap barisan kepimpinan yang boleh bersama-sama bekerja memperkukuh kedudukan AMK.

“Bagi AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim dilihat mendapat dukungan penuh anggota (AMK) dan kemungkinan besar tidak dicabar untuk jawatan Ketua AMK yang baharu.

“Beliau bakal berdepan cabaran hebat untuk memastikan sokongan orang muda dan atas pagar kembali bersama Keadilan, Pakatan Harapan (PH) dan juga Kerajaan Perpaduan.

“Maka, pemilihan AMK ini menjadi medan mempersiap barisan kepimpinan yang boleh sama-sama bekerja merealisasikan hasrat tersebut dan membantu Kamil Munim mengetuai kepimpinan Angkatan Muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN