Minta suapan gelang emas, sarjan polis mengaku tidak bersalah

Minta suapan gelang emas, sarjan polis mengaku tidak bersalah

MOHD. Khairi Aswadi Mohamad (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta suapan seutas gelang emas daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes pukul, dua tahun lalu.

Mohd. Khairi Aswadi Mohamad, 46, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Sazlina Safie ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. 

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Khairi Aswadi didakwa meminta suapan itu daripada seorang wanita berusia 39 tahun di sebuah premis makanan segera di Taman Chengal, Temerloh, sekitar pukul 2 petang pada 15 April 2023.

Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas wanita berkenaan yang disiasat berkaitan kes pukul. Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Peguam Datuk Bob S. Arumugam yang mewakili tertuduh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya sudah berkhidmat selama 25 tahun dalam pasukan polis.

Selepas mendengar rayuan, mahkamah membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM8,000 dengan syarat tambahan kekal seperti ditetapkan. Mahkamah menetapkan 15 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya