Hendak masak sesuatu yang mudah tapi tetap padu rasanya? Minggu ini, Seri kongsikan resipi mi goreng sempoi tanpa campuran daging, ayam atau makanan laut, tapi masih cukup berperisa.
Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka jika sudah bosan dengan menu nasi.
Lebih menarik, mi goreng perkongsian Faezah Sufian menggunakan pes asam jawa yang menambahkan kick dalam rasa.
Bahan-bahan:
Sambal
2 genggam Cili kering
9 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ sudu kecil pes asam jawa
Serbuk perasa secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Mi kuning
3 sudu minyak masak
2 paket kecil mi kuning
½ sambal dimasak
Kicap lemak manis
Sayur tauge dan kucai ( jika suka)
Telur goreng separuh masak
Timun dihiris halus
Kicap manis
Cuka masakan
Cara penyediaan
1. Kisar bahan sambal dan tumis hingga pecah minyak, masuk asam jawa, serbuk perasa dan garam secukup rasa.
2. Panaskan minyak, masukkan mi dan separuh daripada sambal tumis tadi, serta kicap manis dan goreng sehingga mi cantik berkilat.
3. Masukkan kucai dan tauge, goreng sebentar dan tutup api.
4. Makan bersama-sama telur goreng, hirisan timun, kicap manis, cuka masakan dan sambal tumis.-UTUSAN